Salam semua..
Lama che tak mai Penang ni no.... Last sekali mai berbelas tahun kut masa umuq 20-an...ekekekekekeke....macam le tua sangat...Alang² dari Kedah nak menuju ke Kuala Lumpur, kami singgah di Pulau Pinang. Hasrat cuma mahu singgah 2-3 jam cuma tapinya......................wargghhh.
Sangat teruja semasa melalui jambatan pulau pinang yang terkenal ini. Nasib baiklah tak jem.....
Sekitar pemandangan semasa menuju ke Bukit Bendera. Kami ikut papan tanda je. Malas nak juga gps. Masa ni dah nampak jalan semakin jem menuju ke Bukit Bendera. Destinasi pertama adalah Bukit Bendera. Jalan menuju ke sana pun sudah nampak kesesakan laulintas. Sesampai sahaja, dari kejauhan dah nampak ramainya orang!
Bergambar seketika di depan pintu masuk Bukit Bendera. Hohohohoho..Dah la panas terik, ramai pula pengunjung...Barisan memang panjangla. Aku dengan anak² pi beratur dulu sementara en Syawal mencari parking kereta.
See, punyalah panjang beratur. Siap ada yang potong barisan. Dari sekeluarga enam
Masa train sampai, boleh pula berebut pula dengan sekumpulan pelajar universiti..I guess sebab dari segi gaya dan tutur bahasa. Tak hormat langsung. Ni lagi satu aku nak sound...Memang time tuh dua kali aku sound direct. Nasib la...Sila la hormat pada orang tua dan yang mempunyai anak² kecil. Hangpa nak membuli anak aku, meh sini mak budak sound...Mu jangan nak kecek² macam aku ni dok pahe....Emo plak....kui kui kui.
Bila dah sampai atas, barulah rasa lega..Hilang segala keemoan yang melanda. Cuaca memang dalam keadaan yang sangat cantik so memang pemandangan memang sangat lawa. Subhanallah..!
Sambil berjalan..snap...snap....Memang suka kut laa ni bergambar...huhuhuhuhu...First time bawa anak² ke sini.
Snap lagi....
Snap lagi dan lagi....
On the way, jumpa la seorang badut ni. Bebudak beratur lagi nak dapatkan belon bentuk macam² tu. Hamizan sikit punya seriau tengok badut macam tak serupa sangat badutnya. Perut pula dah berkeroncong, yela jam dah menunjukkan 3 petang. Mana sempat lunch lagi...Bajet pukul 3 petang dah turun daripada Bukit Bendera tapi baru nak sampainya. On the way nak ke Muzium Burung Hantu tuh, ada cafe. So mari menjamu makan...
Ok, makanan not bad. Sedap pun sedap. Ke sebab dah kebulur sangat²? Heheheehe...One more thing, harganya tidaklah mahal sangat. Harga biasa je. Maksud aku, yela nak naik atas bukit nih, kut² harganya dua kali ganda ke.....So, boleh thumbs up!!!
Ok, dah kenyang barulah ada tenaga nak berjalan dan bermain di padang permainan...Seronoklah budak² nih. Depa memang pantang kalau nampak padang permainan. Macam jakun pun ada...Huhuhuhu....
Sebelum nak balik tuh, nampakla kalau saper² gatai nak bergambar dengan ular ni. Si Sara la requested nak bergambar. Kalau masa kat Melaka dulu, beriya² nak bergambar tapi sudahnya cabut sebab takut dan geli. Hamizan macam biasa la..Dok picit² badan ular tuh. Bayaran RM10 beserta sekeping gambar 4R dan frame kertas. Oklah tuh...Anak punya pasal.......
Ok, kita masih berposing lagi dan lagi.......
Another posing....
Masa nak balik, nasib baik Q tak panjang macam masa nak naik atas. So, dapatlah kami duduk yang paling last berdekatan dengan driver train. Seronokla Hamizan sambil² tu tengok di screen monitor.
Rileks je driver train nih bawa. Teringat 15 tahun lepas masa naik Bukit Bendera nih pakai train kabel.(laa ni pun pakai tapi lagi maju).Huhuhuhu...Turun dan naik lebih kurang 15 minit kalau tak silap.
Ok, sudah sampai di penghujung cerita Bukit Bendera. Pergghhhh...Makcik berpeluh² masa beratur semasa nak naik ke Bukit Bendera nih. Hampir 2 jam dok beratur. Punyalah ramai orang!
Selepas ke Bukit Bendera, cadangannya nak ke Batu Feringgi...huhuhuu...Stucked again sebab jem teruk sampai waktu maghrib. Sudahnya solat di masjid terapung. Dan konon² nak makan malam di padang tapi kereta tak gerak² disebabkan jem jugak...hangin je..Sudahnya berhenti di stesen minyak dan kami beli roti je. Makan dalam kereta.Konon² nak beli jeruk Penang pun tak dapat..Apa pun takde.
Akhirnya, hampir pukul 10 malam kami melalui sekali lagi jambatan Pulau Pinang dan balik menuju ke Kuala Lumpur. Plan asalnya, by 5 pm, kami dah bertolak ke KL. Punya la drag masa disebabkan jem dek manusia dan dek kenderaan.
Insya Allah, ada masa dan dimurahkan rezeki sekali lagi, kami akan berkunjung lagi dan mungkin akan tidur di Penang plak..... ^_^
Penang adalah destinasi percutian terakhir kami tahun 2012. Harap ketemu di lain waktu..........
0 comments