Habis melawat di Menara Alor Setar, kami menuju ke Pekan Rabu pula.Sepanjang perjalanan ke Pekan Rabu (tak jauh mana pun dari Menara Alor Setar), kami singgah sebentar di sebuah dataran ( aku pun tak tahu namanya ni...hehehehe).
Memula aku ingat Pekan Rabu ni hanya pada hari Rabu je rupanya hari² ada. Jadi, maknanya Pekan Rabu ni merupakan sebuah pusat perniagaan orang Melayu yang tersohor sejak tahun 1930-an lagi. Jadi, kalau tak singgah ke Pekan Rabu, rasa macam tak lengkap pula yaaa....
Pelbagai jenis kedai yang terdapat di Pekan Rabu, dari menjual pakaian, barangan kemas dan perhiasan, ubat-ubatan, buku-buku, makanan dan kuih-kuih tradisional (seperti kuih bahulu, kuih karas, emping beras, air gamat), hinggalah ke barangan moden dan antarabangsa seperti seluar jeans, jersi bola, handphone dan peralatan muzik. Dan ia seratus peratus diusahakan oleh orang Melayu. Aku sekeluarga apalagi, rembatla membeli.....Datang pun agak lewat, banyak juga kedai dah tutup....Tapi memang happening la pada waktu malam....Pening nak layan karenah bebudak nak itu ini...... ^_^
Keesokan harinya, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada negeri Jelapang Padi, kami menyinggah sebentar di tepi RNR yang ada sawah padi...Jakun sebentar..Hahahahah..But truely, so beautiful scene here....
Selamat tinggal Kedah.....Ada rezeki, kami mai lagi noooo.... ^_^
2 comments
cantik gambarnya
ReplyDeleteterima kasih... ^_^
ReplyDelete