~Lok Kawi Wildlife Park~
Salam...........
Sebenarnya dah lama nak ke Lok Kawi Wildlife Park ni...Asyik dok berulang alik namun tiada kesempatan sebelum ni. Jadinya, tahun 2012 aku dah rancang awal² dah. Elok juga melihat tempat orang ni daripada terperap je kan....
map |
Memula pi, terpaksa patah balik sebab hari pun dah petang.Dekat pukul 4.30 petang. Lagipun tengok langit macam gelap jer. Takut nanti tak puas nak berjalan pula. Sudahnya lepak saja di Tanjung Aru.
So another day tuh, en Syawal ajak pi di waktu pagi. Kira cantikla sebab ada banyak masa dan takdelah sangat nak rushing².Lok Kawi Wildlife Park ini terletak di Lok Kawi. Kira tempat ini macam zoo juga.^_^ Kalau bawa budak² datang sini memang sangat seronok.
Entrance Fees |
1.Pelawat 18 thn ke atas ( visitors 18 yrs old and above)
i) Warganegara Malasia ( Malaysian Citizen ) RM 10.00
ii) Bukan Warganegara Malaysia ( Non Malaysian citizen) RM20.00
2.Pelawat di bawah 18 thn (Visitor below 18 yrs old)
i) Warganegara Malaysia ( Malaysian Citizen ) RM5.00
ii)Bukan warganegara Malaysia ( Non Malaysian Citizen) RM10.00
Warga Tua ( 60 thn ke atas ) Warga nagara malaysia sahaja - PERCUMA
Orang-orang kurang upaya (OKU) - PERCUMA
Masa memula sampai je jam dah hampir pukul 10 pagi. Selepas membeli tiket, Hamizan merengek nak naik train. Bayaran seorang cuma RM2.00 sahaja. Tapi masalahnya waktu show dan waktu menaiki train pula adalah sama iaitu jam 11.00 pagi. Nak naik train nih pun bukan macam train kat Zoo Negara, kat sini kene mengikut waktu yang telah ditetapkan. So, kami memilih untuk melihat show jam 11 pagi.
Masa masuk tempat tuh, sempat juga la merayau² sekitar tuh.Melihat gajah...Mak aihhh..banyaknya gajah....Then, kami pi ke amphiteater untuk melihat show. Ruang duduk masih banyak kosong, so apalagi ambil seat depan la. Sara awal² lagi dah memilih tempat paling depan di ground.
Memang thumb up la!!!! Sangat² terhibur dengan show yang dipamerkan. Aku rasa ini adalah show yang terhebat dalam banyak² show di zoo yang penah aku pi.Sedar tak sedar jam dah pukul 12 lebih. Kira sejam juga lah show nih.
Habis je show, kami ambil kesempatan untuk memegang dan melihat haiwan yang membuat pertunjukan. Memula budak² ni geli la nak pegang ular, tapi lelama jadi seronok pula. Aku ambil kesempatan nak bergambar la.
Habis je show di amphiteater, kami menuju ke lokasi² haiwan berhampiran. Memang sangat seronok!!! Here are some pics untuk buktikan betapa enjoynya taman ni.....^_^
Cumanya masa sampai di lokasi orang utan je ditutup. I think depa masuk spital kut..hehehehehe...just kidding.....
Disebabkan muka bumi di Lok Kawi Wildlife Park ini agak berbukit sedikit, Hamizan requested nak berdukung la gamaknya....Super serius best dan penat sebab cuaca agak terik. Stok air bekalan pun habis juga. So, belila di cafe. ..Ehmm..Memang agak mahal tapi dah dahaga sangat beli saje.
Ketika sampai di lokasi Child's Zoo, ada disediakan tempat untuk menaiki gajah dengan bayaran sebanyak RM4. (kalau tak silap la, lupa sudah). Kami terpaksa menunggu sekejap sebab menunggang gajah ni buka pada jam 2 petang. Dari jauh sudah ku nampak gajah menaiki tangga menuju ke lokasi Child's Zoo ni. Hebat betul gajah ni.......
Syasya naik dua kali la sebab first round naik bersama Sara. Second trip naik bersama Hamizan. Selepas Hamizan turun baru ku tahu rupanya bukan sahaja budak² yang boleh menunggang gajah. Mak dan pak pun boleh. Aiseh!!!! Terlepas peluang daaaa......
0 comments