Kami mulih bah....
Salam....Kali ni nak shared our trip sepanjang kami di negeri di bawah bayu; Sabah.
Selepas mengenjoykan diri bersama Nyzal sekeluarga, hari Isnin tuh 14 Nov 2012 kami bergerak menuju ke transit di Kementah untuk melaporkan diri sebelum berlepas ke KLIA untuk pulang ke kampung. Yeay...!
Sementara menunggu en Syawal mendengar taklimat dan mengambil tiket flight, aku dan anak² melepak dan mengisi perut dulu kat cafe.....Masuk² jer, mak aiihhh. Ini sudah macam di rumah...Best nih... ^_^
best nih duduk di sofa sambil tengok tv |
meja makan pun macam kat rumah dah ni |
ok, tiket waran sudah dapat |
Habis taklimat, apalagi kene berkumpul dan beratur naik konvoi bas menuju ke KLIA. Lebih kurang dalam 4 buah bas la. Silap² penuh sekapal warga ATM je nih.
posing dulu... |
lawa jugak deco nih |
main...main... |
main lagi..... |
Sementara nak tunggu tuh, macam biasa bergambar dahulu dan bagi anak² bermain di tempat permainan depan KFC. Nak makan pun rasanya tak perlu sebab masa berbaki setengah jam lagi sebelum nak berlepas.
bersama akak dan abang MAS |
Dah lama tak naik Mas nih. Tak sangka pula uniform untuk pramugara sudah bertukar daripada warna hijau kepada kelabu. Rasanya yang kelabu ini lagi nampak koprat la.
choc....choc...... |
Budak² ni masing² menuding nak coklat. Boleh tahan juga mahalnya even sudah free duty di sini.....Hohohohoho..Tak kuasa nak melayan.....
haaaa tengok |
Sebenarnya tak tahu pun flight la nih dah ada screen. Dolu² untuk penerbangan antarabangsa je. Sekarang domestik pun sudah ada. Best atu.....Senang nak senyapkan budak² ni...Bagi tengok cerita kartun. Aku layan movie ajelah.
nyummmmmmmmmmmm |
Makanan yang disediakan not bad. Dua tahun lepas dalam kotak.La nih lain pulak. Ehmmmm..Sedapnya Hamizan makan yea.....
Selepas makan yang sedap², mata pun mengantuk. Macam biasalah karenah budak², kompem berebut nak duduk tepi tingkap...Tidur dulu la yea....
Aku dok melayan tengok awan yang cantik² ni...Hehehehehe
Ok, after 2jam 45 minit (lebih kurang), dengan selamatnya kami sampai di bumi di bawah bayu.....Sampai suda bah.....yeay...Masa untuk surprisekan mertuaku di kampung...hehehehehe.....
0 comments