Balik sahaja dari Pulau Kapas, kami terus menuju ke rumah Nyzal di Chabang Tiga sempena menyambut majlis kelahiran Amjad.Happy belated Amjad!!!
Kelakar tengok gelagat Amjad kene calit dengan cream cake...Siap menangis tuh...Hehehehehehe....Dapat makan kopok lekor. Ada yang goreng dan ada yang rebus. Aku suka yang rebus.
Malam itu selepas makan malam, kami menuju ke Masjid Kristal. Owwhhhh inilah Masjid Kristal. Memang sangat lawa dengan lampu yang memantul di celah² sudut. Ada satu kejadian yang mana Hamizan entah ke mana. Memang aku agak hangin time tu sebab en Syawal yang menjaga Hamizan tapi dikatanya aku plak....Sedang sibuk mencari, rupanya dia dah berada di depan pintu gerbang. Aku takut dia terjun masuk dalam laut jer.
Sebenarnya, dari rumah Nyzal sudah boleh nampak Masjid Kristal ni. Cumanya bila hendak ke sana, terpaksa menggunakan jalan lain sebab terhalang dek laut. Huhuhuhu......
0 comments