Plan nak ke Cameron Highlands sudah dirancang. Pada 5 Feb 2012 lepas kami sekeluarga bertolak dari Sungai Besi menuju ke Cameron Highlands. Plan asal nak ikut ke susur Simpang Pulai, tapi dari arah Kuala Lumpur macam agak jauh nak menuju, kami mengambil keputusan masuk saja dari Tapah.
Bermulah episod pening dan pening. Hehehehehehe. Last aku pergi ke Cameron Highlands adalah ketika 40 hari berpantang si Syasya nih untuk membawa mertua aku ke sana. Kiranya ini adalah kali ke 7 aku berkunjung ke Cameron Highlands nih.
Sesampai di Lata Iskandar, kami berhenti seketika. Anak-anakku dah merengek nak mandi. What??? Sejuk woooo....Memang dalam beg aku ada membawa baju renang tapi itu plan untuk ke laut keesokan harinya. Selepas air terjun Lata Iskandar, kami pun sampai ke ladang teh Boh di Ringlet.
BOH Tea Plantation
First place tempat yang kami tuju adalah BOH Tea Plantation. Ingatkan dekat dari jalan utama tapi agak jauh juga dan jalan adalah macam ular kena palu. Tiap kali membelok, kene bunyi hon sehinggakan En Hubby bermain dengan bunyi hon. Hohohoho.
Jalan masuk ke ladang Boh ini terletak di sebelah kanan hala ke Tanah Rata. Boleh nampak signboard besar di tepi jalan....Buat makluman semua ladang teh ini akan kelihatan setelah anda melalui kebun-kebun sayur yang terletak pada permulaan jalan masuk ke sini.
![]() |
baru sampai! |
Memula ingat tempat nih kene bayau. Tapi takde orang jaga masuk ajelah kan? Rupanya dah free entrance.Owh....Singgah sekejap di kilang pemprosessan teh. Memang sedap baunya. Harum baunya!
![]() |
on the way to the top! |
Aku, Syasya dan Sara decided nak naik sampai puncak. Ala, naik tangga jer. Tapi agak semput bagi orang macam aku...Hahahahah..Kurang stamina. As usual, my doters dah sampai atas...Perghhh....Pemandangan yang sungguh indah, damai dan nyaman - terbentang luas saujana mata memandang. Chewah!
![]() |
angin sejuk...agak kencang pada hari itu... |
![]() |
I do really luv so much this pix! |
![]() |
Setakat kat bawah jer... :P |
![]() |
see......tinggi tuh menapak! |
![]() |
Sementara nak tunggu en Hubby beratur beli minuman |
0 comments