Muzium Alam Semulajadi
Agak-agaknya siapa tahu di manakah terletaknya muzium ini? Hahahahaha..Aku pun memula tak tahu dan ini adalah unplanned berkunjung ke muzium ni. Wink.....Sebenarnya tidak sengaja ke sini. Plan asal mahu ke Kamdar, Putrajaya tapi kebetulan sudah ditutup maa.
![]() |
Pameran Misteri Sang Buaya |
Kebetulan pula muzium betul-betul terletak di lokasi hendak ke Prescint 14. Dalam hati, owh....ini muzium ke..ingatkan bangunan apa...Hehehehehee..Bayaran masuk kalau tidak silap,
![]() |
Besar tak mulut buaya ni? |
![]() |
Di hadapan pintu masuk |
Muzium Alam Semulajadi merupakan muzium pertama di Malaysia yang berkonsepkan hidupan fauna dengan mempamerkan pelbagai jenis haiwan termasuk spesies terancam di Malaysia. Muzium ini yang dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Pameran kali ini, adalah berkisar Misteri Sang Buaya.........Ada replika buaya dan ada juga yang diawetkan. Bangunan muzium ini adalah 2 tingkat. So, bahagian pameran sang buaya adalah di tingkat atas.
![]() |
warrrrrrrrrrrr!!!!! |
![]() |
Elokla tuh.. |
Rangka ikan paus Bryde yang yang dijumpai terdampar di Kampung Tanjung Am, Labuan pada 2005 dipamerkan ketika mula-mula hendak masuki muzium ini. Yang menariknya, ada ruangan untuk si kecil seperti kemudahan komputer dan buku-buku untuk mendalami lagi tentang isu-isu yang berkaitan dengan muzium ini.
![]() |
Plushies ada, buku ada..komputer pun ada.... |
Sambil-sambil tuh, aku terserempakla juga dengan sorang pakcik nih. Dalam hatiku, amboi..Pi muzium pun bergaya (berbaju batik pada hari Ahad). Sekali dia adalah pengarah muzium tu daaaaa..hahahhahaha..Oklah, dia la yang menjadi kami punya tourist guide..hehehehehe.. So nice...
Semua haiwan yang dipamerkan merupakan haiwan sebenar yang diawet. Ada juga beberapa jenis spesies haiwan terancam di negara ini seperti harimau dan badak sumbu dipamerkan dengan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi hidupan liar.
![]() | |||
Sara, nasibla tak kene sound...... |
![]() |
the same posing.... |
Sedikit info:
Terletak di Presint 14, Putrajaya.Muzium ni berdekatan dengan Mydin, bangunan kaca atas bukit berhadapan Proton Showroom. Ada masa dan kelapangan datanglah muzium sini, menarik dengan pelbagai spesis haiwan dipamerkan, dan untuk makluman semua , haiwan-haiwan ini telah diawet dengan mengekalkan kulit asal.
Masa Lawatan : 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bayaran Masuk : Dewasa sahaja RM 2......kanak-kanak bawah 12 tahun FREE.
Tutup: hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.
Makluman : Pameran Misteri Sang Buaya di Muzium Alam Semula Jadi bermula 26 Nov 2011 - 29 Feb 2012.
0 comments